Isnin, 27 Februari 2012

maggi goreng versi mama

Alhamdulillah dpt juga mama buka blog mama yang xseberape ni..hehehe...kali ni menu simple2 je mama wat...sebab baru-baru ni mama xsihat...but now da sihat pun..alhamdulillah...jom...kita tengok menu apa pula yang mama nak share kali ni...


Menu : maggi goreng versi mama
Sumber : mama


Bahan-bahan


3 paket maggi yang telah direbus dan ditos
1 mangkuk ketulan ayam
1/2 mangkuk sotong
2 biji telur
2 sudu cili giling
2 sudu kicap pekat
2 biji bawang merah-dtumbuk
1 biji bawang putih-dtumbuk
1 ikat daun kucai 
perisa yg ada dlm maggi-optional
gula , garam dan perasa


Cara-cara


1.Panaskan minyak,tumiskan bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau..dan masukkan pula cili giling ,kicap pekat bersama ketulan ayam


2.Tambah sedikit air jika perlu,masukkan sotong..jangan lupa masukkan juga gula,garam dan serbuk perasa jika perlu (letak perisa dlm bungkusan maggi). Sebatikan semua bahan dan pecahkan telur 1 per 1 ke atas bahan2 tadi


3. Masukkan maggi yang telah direbus terlebih dahulu tadi dan masukkan juga daun kucai..Gaulkan sebati dan sedia untuk dihidang...


Selamat mencuba..