Jumaat, 10 Ogos 2012

kuih gunting bersira

Assalammualaikum semua..alhamdulillah...kita dah nak raya kan??..kali ni nak share entry kuih raya lak..tp tanpa pic lah ye...(kemera xbwk)..

RESEPI :KUIH GUNTING BERSIRA GULA
SUMBER :MAK MAMA


Bahan-bahan

1 pek tepung gandum
1 cup planta @ semua
1 cup minyak masak
1sudu kecil garam halus
1 jug air-agak2

-planta @ minyak masak ikut mane u all suka k.

Cara-cara

1.Curahkn sedikit air bersama garam halus,dan pukul sehingga garam hancur kemudian masukkan pula planta @ minyak

2.masukkan sikit demi sedikit tepung gandum dan air sehingga menjadi doh...seperti doh karipap.

3.Bulatkan doh menjadi kecil dan canaikan mengunakan mesin,(tabur sedikit tepung gandum agar xlekat)bagi yang tiada mesin lenyekkan sehingga nipis.

4.Masukkan pula doh yang sudah dicanai didalam mesin yang acuan memanjang dan gunting bagi pendek.Bagi yang mengunakan tangan,potong mengunakan pisau dan kerat pendek.

5.Panaskan minyak dan goreng semua.(masukkan sedikit planta dlm minyak,bg doh tidak lekat dekat2)

Bahan dan Cara untuk sira

1/2 pek gula halus
sedikit pewarna yang diminati
daun pandan-optional
Air


1.Masukkan air,gula,pewarna dan daun pandan bersama.kemudian tunggu sehingga gula hancur.(mjdi air gula)

2.ambil kuih gunting yang sudah siap digoreng tadi,dan masukkan ke dalam kuali kosong.hidupkan api..(jgn tllu besar).dan masukkan pula air gula tadi,gaul bersama sehingga tidak nampak lebihan air gula dan sehingga nampk air gula sudah melekat ke semua kuih gunting..

siap..




SELAMT MENCUBA

Rabu, 8 Ogos 2012

KETAM MASAK LEMAK

Assalammualaikum wbt ..maaf lama xmenulis entry...hehee..almaklumlah bulan pose ni..xelok tjuk2 makanan ni..hahhahaha..alasan je kot...!!!


RESEPI : KETAM MASAK LEMAK
SUMBER : MAMA


Bahan-bahan

2 ekor ketam
10 biji lada kecil *
1cm halia *
2 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
1 batang serai-dititik
2 keping asam keping
1 camca serbuk kunyit
1 pek santan pekat
gula,garam dan bahan perasa
sedikit air,sedikit minyak

*ditumbuk


Cara-cara

1.Panaskan sedikit minayk dan masukkan serai dan bahan yang bertanda *,tunggu sehingga naik bau.

2.masukkan ketam dan sedikit air,api jangan terlalu besar.Jika perlu tambahkan sedikit air.

3.Masukkan sedikit serbuk kuniyt,garam,gula dan bahan perasa jika perlu.

4.Masukkan lebihan santan bersama asam keping

5.timbukkan kuah dan tutup api.


SELAMT MENCUBA