Isnin, 16 April 2012

kuetiau Kung Fu

Assalam semua...wahhh.pagi2 ni mama da kena gastrik aduii..pe lah nasib..uwaaa..ehhh..tiba2 je kan..hehee..sory2..actly nak share menu kuetiau kung fu..salah 1 menu tanpa nasi..hekhek..menu ni mama rujuk dr buku yg cikSomi belikan tu...tp bukan 100% la ikut...ubah2 la jak ikut citarasa..hehee..Kalau nak taw, mama pun baru 1kali je mam menu ni kt kedai..ahaks...tangkap rasa oke la kan..terus leh tangakp kan...


RESEPI : KUETIAU KUNG FU
SUMBER : BUKU MASAKAN @ MAMA



Bahan-bahan A


1 pek kuetiau
4 biji telur

Bahan-bahan B


10 Ekor udang basah (dbuang kepala n ekor)
1 Mangkuk kecil ketulan kecil ayam
1 Labu Bunga kobis (dipotong)
1Batang lobak merah (dihiris)
1 ikat daun bawang (ganti sayur hijau)
2 Biji bawang putih (diracik)
2 sudu tepung jagung (dcampur sedikit air)
2 sudu sos tiram
2 sudu serbuk lada sulah
1 Cawan air rebusan ayam
Gula,Garam Dan Perasa

Cara-cara 


KUAH -( bahan B)
(ketulan ayam direbus dahulu,utk mdapatkan stok ayam)

-Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih,tumis sehingga kekuningan.Masukkan pula ayam,lobak merah.Tuang air rebusan ayam,lada sulah,sos tiram.Apabila mendidih masukkan pula bunga kobis,udang dan juga bancuhan tepung jagung,kacau rata.Rasakan dengan sedikit garam, gula dan juga serbuk perasa jika perlu.Akhir sekali masukkan pula daun bawang.

KUETIAU (bahan A)

- Panaskan sedikit minyak,(pastikan kuali betul2 panas)..Masukkan kuetiau dalam kuantiti sedikit dan juga telur yang telah dipukul kedalam kuali,tunggu sehingga garing.Angkat dan letak ke kedalam pingan.

KUETIAU KUNG FU


Ambil pingan yang telah diisi kuetiau tadi dan cedokkan kuah ke atas kuetiau itu.Sedia dimakan begitu sahaja atau bersama cili jeruk,sos kicap.


Hidangkan Panas2...

SELAMAT MENCUBA




Ahad, 15 April 2012

ikan goreng berlada

wahhh..menu hottt plak yep..bersumberkan LADA..hehehe..


MENU : IKAN GORENG BERLADA
SUMBER : MAMA


Bahan-bahan

2 ekor ikan kerisi-digoreng
2 biji bawang merah-dtumbuk
2 biji bawang putih-dtumbuk
1 batang serai-dititik
1cm halia-dtumbuk
4 sudu pes cili kering
1 sudu kecil air asam jawa
Gula,garam dan perasa

Cara-cara


1.Panaskan sedikit minyak.masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama serai,tumis sehingga naik bau

2.Masukkan pula pes cili kering dan pastikan api jangan terlalu besar..nanti pahit...masukkan sedikit air jika perlu

3.Pes tadi sudah nampak masak masukkan pula gula,garam dan perasa jika perlu,kemudian air asam jawa.

4.Masukkan pula ikan yang telah digoreng terlebih dahulu tadi,dan sebatikan dan sedia dihidang


SELAMAT MENCUBA

sup sayur campur

Assalam all...sup sayur campur??wahh sedap tu...senang sangat nak masak ..jom tengok senang x senang..hihihi

MENU : SUP SAYUR CAMPUR
SUMBER : MAMA

Bahan-bahan

1 biji bawang merah-dtumbuk
1 biji bawang putih-ditumbuk
1 batang lobak merah-dpotong2
10 batang kacang buncis-dpotong2
1 paket cendawan
1 labu bunga kobis
1 batang serai-dititik
3 serangkai
1 jug air
gula,garam dan perasa



Cara-cara

1.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk bersama 3 serangkai dan juga serai yang telah dititik sehingga wangi.

2.Masukkan air dan masukkan lobak terlebih dahulu,kemudian bunga kobis

3.Apabila sayur tadi nampak agak lembut masukkan pula cendawan dan juga kacang buncis

4.Rasakan dengan sedikit garam gula dan bahan perasa jika perlu.

5.Sedia dihidang...


SELAMAT MENCUBA (cepat bukan)

Jumaat, 13 April 2012

sup si bujang

ahaks..nama menu memang power.,...hahaha..menu kali ni main campak2 je..ehhh...bukan main letak2 je pe yang ada...mama buat menu ni khas untuk anak bujang mama tu..dia kan xmakan pedas..time buat sup ni ade menu pedas..jadi kesian la kan kalau just bagi anak bujang bernasikan dengan kicap.huhu



MENU : SUP AYAM SIBUJANG
SUMBER : MAMA


Bahan-bahan

beberapa ketulan ayam
1 batang lobak-dpotong2
1 biji bawang merah-dtumbuk
1 biji bawang putih-dtumbuk
1cm halia-dtumbuk
1 batang serai-dtitik
3 serangkai
sedikit daun sup-diracik2 halus
1jag kecil air
garam,perasa

Cara-cara

1.Panaskan sedikit minyak,dan masukkan bahan yang dtumbuk bersama serai dan juga 3 serangkai,tumis sehingga wangi

2.Masukkan ketulan ayam dan juga air,dalam masa yang sama juga boleh masukkan lobak yang telah dkerat2 mengikut citarasa

3.Masukkan garam dan juga bahan perasa jika perlu..sekiranya ayam dan lobak sudah lembut @ masak,boleh masukkan pula daun sup dan ditutup api.


taraaa,,siap sudah..senang kan...SELAMAT MENCUBA

TERUNG GORENG BERCILI II


Assalam semua..kali ni nak kongsi resepi yg sebelum ni mama pernah buat juga..cuma kali ni mama tambah bahan2 dalam masakan menu ni...menu ni sesuaila bagi yg sukakan pedas...




MENU : TERUNG GORENG BERCILI II
SUMBER : MAMA





Bahan-bahan

1 biji terung biru panjang
6 biji bawang merah kecil *
1/2 bawang besar*
7 biji lada kecil*
2 biji lada besar*
1 sudu kecil garam halus
2/5sudu kecil gula
perasa

#bahan bertanda * dikisar bersama) 
Cara-cara

1.Terung dikerat2 dan dbasuh,kemudian perlu  digaram kunyit dan digoreng terlebih dahulu(Separuh masak)

2.Panaskan sedikit minyak dan masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi,tumis sehingga bahan itu garing @ masak.

3.Tambahkan sedikit air jika bahan2 tadi terlalu kering,kemudian masukkan gula,garam dan juga serbuk perasa jika perlu.

4.Sebatikan dan masukkan pula terung yang telah digoreng tadi,dan sedia dihidang.


*gula,garam memainkan peranan penting dlm menu ni*..so kena pandai2 agak2 k...

SELAMAT MENCUBA..

menu ni dtukar dgn ayam @ ikan pun boleh...



Khamis, 5 April 2012

Mee Kari

Assalam semua..kali ni nak share menu mee kari lak..ni wat malam tadi..cik somi la ni nak sangat makan..teringin katanyer..jadi mama ni bab masak2 layan kan ajeeee..ahaks..opss..actly mama xsuka makan mee kari...xtaw sebab ape..n nak bgtaw awal2..bahan2 mama guna ni bukan sepenuhnye mcm mee kari kt luar sana tu oke..hehee...yg mane ade ni pun pehhh..kekenyangan..alhamdulillah.. ^^





RESEPI : MEE KARI SIMPLE
SUMBER : MAMA


Bahan-bahan untuk kuah

2 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
2 batang serai-dititik
3 Serangkai
1 pek kari ayam babas-dbuat pes
1 pek santan pekat
1pek fish ball
1 mangkuk besar ketulan ayam
1kg kerang-drebus setengah masak
daun kari
3 sudu air asam jawa
 garam dan perasa

*-dtumbuk

Bahan-bahan lain

1 pek mee kuning-dicelur
1 ikat sawi-dicelur n dkerat2
Tauge 50 sen-dicelur
3 biji telur-drebus


Cara-cara untuk kuah

1.Panaskan sedikit minyak,dan masukkan bahan2 bertanda * bersama serai,daun kari dan 3 serangkai ..tumiskan sehingga naik bau.

2. Masukkan pes kari tunggu sehingga naik minyak dan masukkan ketulan ayam dan biarkan sebentar

3.Masukkan separuh santan pekat,tunggu ayam agak lembut..Masukkan pula,garam dan perasa

4.Masukkan bebola ikan bersama kerang dan juga lebihan santan tadi.Air asam jawa juga jangan lupa oke..

5.Tunggu semuanya nampak sekata dan masak,boleh ditutup api.

#..masukkan mee dlm mangkuk,ambil sayur celur dan tuangkan bersama kuah atasnya...n siap..SELAMAT  MENCUBA..

Isnin, 2 April 2012

Apple jus

minggu lepas layan apple jus jak..semalam pun jus apple...ahaks...xpe selain sedap pnuh vitamin tu..hehehe


RESEPI : APPLE JUS
SUMBER : MAMA

Bahan-bahan

4 biji apple hijau
air masak-secukupnye
gula-secukupnye


Cara-cara

1.Semua bahan diblender 

2.Ditapis dan taaraaaa siap....



*xtapis pun boleh...boleh diambil dgn ais @ begitu saje...*

Ahad, 1 April 2012

kailan ikan masin

sayur kailan...dulu mama xsuka taw sayur hijau ni...sebab pe xtaw la..tapi mmg xsuka leer..tp skang ni sgt2 suka..kalau xmakan sayur hijau 1 hari mmg xsah leee...so kailan adalah sayur febrez la skang..ahaks...

RESEPI : KAILAN IKAN MASIN
SUMBER : MAMA


Bahan-bahan


1 ikat sayur kailan (dkerat dan rendam gan air garam n cuci)
1 biji bawang merah ( dihiris )
1 biji bawang putih ( dihiris )
2 keping jeruk ikan masin (dkerat2 kecil2)
2sudu sos tiram
gula,garam dan perasa
air dan minyak


Cara-cara

1.Panaskan sedikit minyak dan goreng terlebih dahulu  ikan masin tu,ketepikan.. mgunakan minyak yang sama tumis pula bahan yang dihiris...

2.Masukkan pula batang kailan,dan tambahkan sedikit air bersama sos tiram,tunggu sehingga sedikit layu dan letakkkan pula daun kailan.

3.Masukkan garam dan perasa jika perlu..



*boleh letak cili padi jika suka*

sup ekor marvelezzz

wahhh..hari minggu bertemu kembali..syokkk oo..dapat masak sesuka atiiiiiii...taraaaa..antaranye....

RESEPI: SUP EKOR MARVELEZZZZ
SUMBER : MAMA


Bahan-bahan

1/2 kilo ekor tulang (drebus sehingga lembut,air jgn buang)
2biji bawang merah (ditumbuk)
2biji bawang putih ( ditumbuk)
2 inci halia ( ditumbuk)
1 biji bawang besar ( dpotong mayang)
1 biji lada kecil (ditumbuk halus)
1 bungkus sup tulang
1 pek perencah sup siam
2 batang seleri (dkerat2)
2 biji tomato (dkerat 4)
daun sup (dracik halus)
1 jug air
gula,garam dan perasa



Cara-cara


1.Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk kecuali lada kecil taw..ehh..masuk sekali sup bunjut bersama bahan2 dlm pekat sup bunjut tu...

2.Cedokkan sedikit air dari rebusan ekor tadi,dan masukkan pula 1 pek bahan dari perencah sup siam,tunggu sebentar dan masukkan ketulan ekor yang telah direbus terlebih dahulu tadi..gaul rata dan tunggu sehingga mendidih

3.Masukkan lebihan air rebusan ekor tadi dan masukkan pula gula,garam dan perasa jika perlu.

4.Tambah sedikit air dan masukkan pula batang seleri bersama bawang ybesar yang telah dimayang

5.Akhir sekali masukkan tomato bersama daun sup.



*kalau ada lobak masukkan taw..n letak kentang pun boleh..mama xletak pun lobak dan kentang...lupa laa beli..da nak masak baru ingat..hehehehe..urm...n..guna perencah sup siam tu bukan 100% sup tu da complet rasa taw..yg penting air tangan u all mmg penting..ahaks..masak s'iklas hati pasti sedap...!!*