Assalam semua..kali ni nak kongsi resepi yg sebelum ni mama pernah buat juga..cuma kali ni mama tambah bahan2 dalam masakan menu ni...menu ni sesuaila bagi yg sukakan pedas...
MENU : TERUNG GORENG BERCILI II
SUMBER : MAMA
Bahan-bahan
1 biji terung biru panjang
6 biji bawang merah kecil *
1/2 bawang besar*
7 biji lada kecil*
2 biji lada besar*
1 sudu kecil garam halus
2/5sudu kecil gula
perasa
#bahan bertanda * dikisar bersama)
Cara-cara
1.Terung dikerat2 dan dbasuh,kemudian perlu digaram kunyit dan digoreng terlebih dahulu(Separuh masak)
2.Panaskan sedikit minyak dan masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi,tumis sehingga bahan itu garing @ masak.
3.Tambahkan sedikit air jika bahan2 tadi terlalu kering,kemudian masukkan gula,garam dan juga serbuk perasa jika perlu.
4.Sebatikan dan masukkan pula terung yang telah digoreng tadi,dan sedia dihidang.
*gula,garam memainkan peranan penting dlm menu ni*..so kena pandai2 agak2 k...
SELAMAT MENCUBA..
menu ni dtukar dgn ayam @ ikan pun boleh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan