Memaparkan catatan dengan label udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang. Papar semua catatan

Khamis, 12 Julai 2012

AYAM & UDANG CELUP TEPUNG

asyik2 ayam goreng biasa je..sesekali nak jak ayam celup tepung kan??hehee..so jom nengok...

RESEPI : AYAM & UDANG CELUP TEPUNG
SUMBER : MAMA


BAHAN-BAHAN

4 ketul ayam-dibersih dan ditos(ditoreh2)
5-6 ekor udang-sederhana saiz
1 mangkuk kecil tepung serbaguna
1/2 mangkuk serbuk jintan putih
2 Biji telur ayam-dipukul
Minyak masak-secukupnya

*lagi sedap jika diperap awl*


CARA-CARA




1.Ambil ayam dan udang satu persatu dan celupkan kedalam telur,kemudian masukkan celupkan kedalam tepung serbaguna dan serbuk jintan putih.

2.Ulangi cara yang sama sehingga habis ayam dan udang

3.Sewaktu proses m'celup..minyak boleh dipanaskan..

4.Pastikan minyak betul2 panas,dan api jgn terlalu besar.

SELAMAT MENCUBA




Selasa, 6 Mac 2012

SAMBAL TUMIS UDANG SWEET

yahooo...dpt jak makan udang semalam..hikhik..semalam anak tekak mintak makan udang + ketam..alahai...ketam xde..so udang je laa...udang pun udang la..janji sodap..!!!hahahhaa..ehhh..alhamdulillah...


MENU : SAMBAL TUMIS UDANG SWEET
SUMBER : MAMA



Bahan-bahan

2 biji bawang merah*
2biji bawang putih*
1 cm halia*
1 batang serai-dititik
2 sudu sos cili
4 sudu pes cili giling-mgikut kepedasan
1 mangkuk udang sederhana-buang janggut dan hujung ekor
Gula,garam,perasa


*ditumbuk


Cara-cara

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang bertanda * bersama serai sehingga naik bau

2.Masukkan pes cili giling dan biarkan sehingga naik minyak,masukkan udang bersama sedikit air

3.Masukkan sos cili dan gula,garam dan perasa jika perlu

4.Gaulkan semua bahan sehingga sekata dan masak.

5.Tutup api dan sedia dihidang


#kalau ada tomato boleh masukkan,n kalau ada daun sup boleh taburkan sekali d'akhir part memasak.



SELAMAT MENCUBA