Rabu, 8 Ogos 2012

KETAM MASAK LEMAK

Assalammualaikum wbt ..maaf lama xmenulis entry...hehee..almaklumlah bulan pose ni..xelok tjuk2 makanan ni..hahhahaha..alasan je kot...!!!


RESEPI : KETAM MASAK LEMAK
SUMBER : MAMA


Bahan-bahan

2 ekor ketam
10 biji lada kecil *
1cm halia *
2 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
1 batang serai-dititik
2 keping asam keping
1 camca serbuk kunyit
1 pek santan pekat
gula,garam dan bahan perasa
sedikit air,sedikit minyak

*ditumbuk


Cara-cara

1.Panaskan sedikit minayk dan masukkan serai dan bahan yang bertanda *,tunggu sehingga naik bau.

2.masukkan ketam dan sedikit air,api jangan terlalu besar.Jika perlu tambahkan sedikit air.

3.Masukkan sedikit serbuk kuniyt,garam,gula dan bahan perasa jika perlu.

4.Masukkan lebihan santan bersama asam keping

5.timbukkan kuah dan tutup api.


SELAMT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan