Selasa, 11 Disember 2012

sate ayam

Assalammualaikum semua..apa khabar semuanya?sihat?..alhamdulillah..seperti yg mana taw mama telah menjalani pembedahan pd bulan 10 tempoh hari..alhamdulillah..semua nye sudah selamat...terima kasih pd yg mendoakan dan juga sudi melawat mama...okelah..blog ni agak lama menyepi..maaf yea..bukan tidak ada resepi nak dikongsi tp itulah...mood sekarang ni payah nk diduga lah..


RESEPI   : SATE AYAM
SUMBER : ORG2 TERDEKAT (byk pihak...dan byk cara,tp mama olah cara mama sendiri kali ni)





Bahan-bahan utk perapan

1 besen keratan isi ayam-dicuci dan ditos
10 batang serai atau lebih-dikisar
2 3 ketul halia -dikisar
1 biji bawang besar-dikisar
1 pek jintan manis-disalai dan ditumbuk kasar
1 pek jintan putih-disalai dan ditumbuk kasar
1 sudu serbuk kunyit
5 sudu besar gula
2/4 sudu garam halus

bahan lain
-lidi secukupnya
-minyak masak dan 2 batang serai dititik utk mrenjis

Cara-Cara


1.Perap kesemua bahan dgn bahan perapan..sebaiknya 8jam atau lebih..letak di dalam peti.

2.Keluarkan perapan tadi dan mulakan proses mencucuk sate

3.bakar diatas bara..Renjis sate yg dibkar td mgunakan minyak masak..ulangi cara ini sehingga SIAP..


tips-lidi perlu direndam dlm air terdahulu dlm tempoh 1 jam..utk mgelakkan lidi cpt tbakar @ patah

tips-bahan perapan akn menjadi masam atau berbuih sekiranya kandungan gula tidak mencukupi,diletakkan ditempat suhu yg terlalu tinggi dan juga tidak dpt aliran udara yg mcukupi...


Selamat Mencuba..insyaallah akan dtg mama akn cuba mgongsi resepi sate dgn mgunakan bahan yg lain pula..