Jumaat, 28 September 2012

ASAM PEDAS AYAM...

Assalammualaikum semua,harap semua sihat yea..maaf sgt blog ni dah lama xterusik..kesihatan yg low dan ada sedikit M dlm diri..hehe..urm..menu2 yg bakal ni entrykan semua nye dimasak berminggu yg lepas...hehe..sory ye..hari ni,baru kesempatan utk jari2 ni menari utk blog ini..hehehe. :)



RESEPI : ASAM PEDAS AYAM

SUMBER : MAMA


BAHAN-BAHAN

6 ketul ayam yg siap dicuci dan ditos
1 senduk cili kisar-ikut citarasa
1 gengam daun kesum,cuci dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji tomato-dibelah 4
6 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
6-7 biji lada kampung *
1 inci halia *
1/2 lengkuas *
1/2 kunyit hidup *
1/2 inci belacan *
2 biji buah keras *-xletak
1/2 camca teh lada hitam*-xletak
1 camca biji ketumbar *-xletak
1/2 teh jintan kasar *-xletak
1/2 jintan halus *-xletak
Gula,Garam dan bahan perasa
Air,Minyak utk menumis

*-semua bahan bertanda ditumbuk @ kisar halus

CARA-CARA

1.Panaskan minyak dalam periuk,tumis bahan yg ditumbuk sehingga naik wangi, tambah cili kisar, dan tumis hingga pecah minyak.

2.Masukkan ayam dan daun kesom,gaul rata dan masak sehingga ayam kecut.

3.Tuang air secukupnya,kacau.Masukkan jus asama jawa,perasakn dgn garam,gula dan bahan perasa jika perlu.

4.Masak sehingga ayam empuk.dan masukkan tomato,kacau rata dan Siap..


#ada yg suka letak sayur..mcm terung,bendi dlm masakan.SO IKUT CITARASA MASING2 K...#

MAKAN BERSAMA NASI PANAS,SAMBAL BELACAN,ULAM2 DAN IKAN KERING..PEHHHH..

SELAMAT MENCUBA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan