lala..seefood tu..ni kali pertama masak bende alah ni..hehee...bukan pe..kita sendiri taw,sikit sgt isinya..hehe...tp disebabkn teringin...jadi termasak jua lah..hehee..ehh..mula2 mmg xtaw menu ape yg sesuai...last2 main reka cipta sendiri je lah..Hehhee
RESEPI : LALA TUMIS CILI BERAPI
SUMBER: MAMA
BAHAN-BAHAN
1 Pek lala-dibersih dan ditoskan
2 batang serai-dititik
1cm Halia -ditumbuk
2 biji bawang merah-ditumbuk
2 bji bawang putih-ditumbuk
7 biji cili padi-ditumbuk
1 sudu sos tiram
1 ikat daun bawang-dikerat2
3 helai daun limau purut @ daun kari (optional)
Garam,gula dan serbuk perasa(optional)
Air , Minyak-utk menumis
CARA-CARA
1.Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk bersama serai,tumis sehingga naik bau.
2.Masukkan pula Lala yg telah dibersih dan ditos,dan masukkan sedikit sos tiram.kacau rata dan tambah sedikit air
3.Apabila sudah mendidih,masukkan pula sedikit garam,gula dan serbuk perasa...ikut kesesuaian oke..masukkan bahan optional.
4.Lala siap dimasak,tutup api dan masukkan pula daun bawang,kacau rata dan hidangkan..
Khamis, 12 Julai 2012
AYAM & UDANG CELUP TEPUNG
asyik2 ayam goreng biasa je..sesekali nak jak ayam celup tepung kan??hehee..so jom nengok...
RESEPI : AYAM & UDANG CELUP TEPUNG
SUMBER : MAMA
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam-dibersih dan ditos(ditoreh2)
5-6 ekor udang-sederhana saiz
1 mangkuk kecil tepung serbaguna
1/2 mangkuk serbuk jintan putih
2 Biji telur ayam-dipukul
Minyak masak-secukupnya
*lagi sedap jika diperap awl*
CARA-CARA
1.Ambil ayam dan udang satu persatu dan celupkan kedalam telur,kemudian masukkan celupkan kedalam tepung serbaguna dan serbuk jintan putih.
2.Ulangi cara yang sama sehingga habis ayam dan udang
3.Sewaktu proses m'celup..minyak boleh dipanaskan..
4.Pastikan minyak betul2 panas,dan api jgn terlalu besar.
SELAMAT MENCUBA
RESEPI : AYAM & UDANG CELUP TEPUNG
SUMBER : MAMA
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam-dibersih dan ditos(ditoreh2)
5-6 ekor udang-sederhana saiz
1 mangkuk kecil tepung serbaguna
1/2 mangkuk serbuk jintan putih
2 Biji telur ayam-dipukul
Minyak masak-secukupnya
*lagi sedap jika diperap awl*
CARA-CARA
1.Ambil ayam dan udang satu persatu dan celupkan kedalam telur,kemudian masukkan celupkan kedalam tepung serbaguna dan serbuk jintan putih.
2.Ulangi cara yang sama sehingga habis ayam dan udang
3.Sewaktu proses m'celup..minyak boleh dipanaskan..
4.Pastikan minyak betul2 panas,dan api jgn terlalu besar.
SELAMAT MENCUBA
Isnin, 9 Julai 2012
LAKSA PENANG..
RESEPI :LAKSA PENANG
SUMBER: MAMA N GOOGLE
Bahan-bahan
5 Ekor ikan tamban
20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*-pes
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
30 g belacan*
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan perasa
*-dikisar bersama sehingga halus*
Cara masak kuah
1.Ikan tanmban cuci bersih dan rebus bersama asam keping hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan.Isi mama tumbuk..lebih sedap...
2. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, , air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih dan tambahkan beberapa asam keping dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu.Jangan lupa rasakan kuah ini dgn garam,dan perasa jika perlu.Biarkan mendidih sebentar lagi..dan tutup api.
Bahan-bahan
1 Paket laksa kering-direndam dan direbus
Bahan-bahan sampingan
Telur-direbus
Timun
Daun selom
Cili kecil
Bawang besar
Limau kasturi
-oke siap..taraa...actly entry ni dah lama buat tp baru nk post kan..so kena tambahkn sikit2 entry dlm ni..hehee..bg korang yg mmg pakar dlm masakan laksa tu share2 la ye..mama xpndai..hehehe..-
IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI
menu yg beberapa minggu buat ni..tp baru hari ni nak share gan korang2..hehe..sory..
RESEPI : IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI
SUMBER : MAMA
BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan keli-dibasuh bersama jus limau-disalai
10 biji lada kecil-ditumbuk
1 batang serai-dititik
1 sudu kecil serbuk kunyit @ kunyit hidup
3 senduk santan pekat-agak2
2 biji bawangmerah-ditumbuk
1 biji bawang putih-ditumbuk
2 keping asam keping @ jus asam jawa
1 biji tomato-dibelah 4
Gula (jika perlu),garam dan serbuk perasa
1.Panaskan sedikit minyak,dan tumiskan bahan tumbuk,serai sehingga naik bau,masukkan sedikit santan bersama serbuk kunyit.
2.Masukkan pula ikan keli yang telah disalai dan rasakan bersama garam,gula dan bahan perasa jika perlu.
(xletak pun gula)
3.Tambahkan asam keping dan juga lebihan santan.
4.Masukkan pula tomato dan siap dimasak.
*boleh tambah sedikit air jika tllu pekat kuahnye,masak menu yg bersumberkan santan..api kena pandai control..jgn tllu besar dan jgn tllu kecil..dan juga tangan kena rajin timbuk @ kacau,sebab xnak pecah minyak*
SELAMAT MENCUBA
Bubur Pulut putih & pulut merah
Assalammualaiukm semua..sihat x?nak mintak ampun ye kt korang2...banyak sgt kesulitan yg xdpt d'elakkan..hukhuk..any way,thanks pd yg btye pasal blog ni ye...hhehehe..ada jak yg brtanya..hehe..hehee..okela,sebelum melalut sampai ke laut baiklah mama teruskan agenda..hihi..salah satu makanan yg 1st time mama buat..buat menu ni bdasarkan rujukan dan juga dr dlm hati..sebab pe ckp mcm tu..sbb mmg xpnh tgk @ mkn menu kali ni taw..heee...urm than ini adalah antara menu yg mama buat utk majlis ksyukuran baru2 ini..hehee
NO 1
RESEPI : BUBUR PULUT PUTIH & PULUT MERAH
SUMBER : SIS HANIE & CIK GOOGLE
BAHAN-BAHAN UTK BUBUR PULUT
2.5 cawan beras pulut (drendam semalaman)
2 helai daun pandan (disimpul)
Air kosong secukupnya
Santan pekat
garam
gulu perang@ gula merah
CARA-CARA MEMASAK
1. Beras pulut yg telah direndam dibersih terlebih dahulu,dan masakkan bersama air sehingga kembang(separa masak).masakkan bersama daun pandan
2. Kemudian masukkan santan pekat kedalam pulut tadi dan kacau sehingga sebati,kelihatan sebati,asingkan separuh bubur itu tadi kedalam periuk yang lain.
3.Periuk yang pertama di campurkan sedikit garam (Ada terasa sedikit masin)
4.Periuk lagi satu dicampurkan gula merah,jika perlu boleh ditambah sedikit gulapasir.
5.Kedua2 pulut sudah sedia utk dihidang,cedukkan dahulu pulut merah dan kemudian bubur putih diletak dtgh2 bubur merah tadi..
SELAMAT MENCUBA
NO 1
NO 2
NO 3
NO 4
RESEPI : BUBUR PULUT PUTIH & PULUT MERAH
SUMBER : SIS HANIE & CIK GOOGLE
BAHAN-BAHAN UTK BUBUR PULUT
2.5 cawan beras pulut (drendam semalaman)
2 helai daun pandan (disimpul)
Air kosong secukupnya
Santan pekat
garam
gulu perang@ gula merah
CARA-CARA MEMASAK
1. Beras pulut yg telah direndam dibersih terlebih dahulu,dan masakkan bersama air sehingga kembang(separa masak).masakkan bersama daun pandan
2. Kemudian masukkan santan pekat kedalam pulut tadi dan kacau sehingga sebati,kelihatan sebati,asingkan separuh bubur itu tadi kedalam periuk yang lain.
3.Periuk yang pertama di campurkan sedikit garam (Ada terasa sedikit masin)
4.Periuk lagi satu dicampurkan gula merah,jika perlu boleh ditambah sedikit gulapasir.
5.Kedua2 pulut sudah sedia utk dihidang,cedukkan dahulu pulut merah dan kemudian bubur putih diletak dtgh2 bubur merah tadi..
SELAMAT MENCUBA
Langgan:
Catatan (Atom)