Isnin, 9 Julai 2012

IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

menu yg beberapa minggu buat ni..tp baru hari ni nak share gan korang2..hehe..sory..

RESEPI : IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI
SUMBER : MAMA


BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan keli-dibasuh bersama jus limau-disalai
10 biji lada kecil-ditumbuk
1 batang serai-dititik
1 sudu kecil serbuk kunyit @ kunyit hidup
3 senduk santan pekat-agak2
2 biji bawangmerah-ditumbuk
1 biji bawang putih-ditumbuk
2 keping asam keping @ jus asam jawa
1 biji tomato-dibelah 4
Gula (jika perlu),garam dan serbuk perasa



CARA-CARA

1.Panaskan sedikit minyak,dan tumiskan bahan tumbuk,serai sehingga naik bau,masukkan sedikit santan bersama serbuk kunyit.

2.Masukkan pula ikan keli yang telah disalai dan rasakan bersama garam,gula dan bahan perasa jika perlu.
(xletak pun gula)

3.Tambahkan asam keping dan juga lebihan santan.

4.Masukkan pula tomato dan siap dimasak.

*boleh tambah sedikit air jika tllu pekat kuahnye,masak menu yg bersumberkan santan..api kena pandai control..jgn tllu besar dan jgn tllu kecil..dan juga tangan kena rajin timbuk @ kacau,sebab xnak pecah minyak* 


SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan