MENU: AYAM MASAK LEMAK II
SUMBER: MAMA + MAK
Bahan-bahan
8-9 ketulan besar ayam
2 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1cm halia
1 mangkuk santan (** time ni kena timbuk taw..)
3 sudu cili kisar
8 biji lada kecil*
2 asam keping
2 batang serai-dititik
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam,gula,garam,perasa
*-ditumbuk@ blender
Cara-cara
(*opsss,,guna santan beku gini la..kuar minyak..uwaa..)
1.Panaskan minyak,tumiskan bahan yang bertanda * bersama serai sehingga naik bau.
2.Masukkan cili kisar pula dan sedikit santan bersama sedikit serbuk kunyit,kemudian biarkan mendidih masukkan pula ayam.
3.Penting,bila kuah sudah mendidih kecilkan api dan timbuk supaya tak pecah minyak.
4.Masukkan gula,garam,perasa jika perlu..Asam keping juga jangan lupa.
5.Rasakan dan semua sudah masak tutup api..dan sedia dihidang..
#kaLau ada tomato dan kentang boleh la letak sekali...SELAMATMENCUBA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan