Rabu, 21 Disember 2011

Apam Pisang Kukus

As'salam all..sihat???..waa..mama jatuh hati lerr tgk apam mama mjadi..hikhik...anak bujang mama pun excited tanye xhenti2...(bab mkn mmg laju)...hikhik...
jom frez kita tgk pe bahan2 n cam ne buat ini apam oke...




Resepi:Apam pisang kukus
Sumber:Mama


Bahan-bahan


1 Cawan Tepung Kek-ayak
0.5 Sudu Soda bikarbonat-ayak
0.8 Ml Minyak Jagung
1 Biji Telur
0.5 Cawan Gula
1 sudu kecil garam
4 Biji pisang emas-d'lecek
Air-Agak2




Cara-cara




Pukul telur,gula,garam hingga bwrna putih..Kemudian masukkan pula pisang dan dipukul sehingga sekata..Seterusnya masukkan minyak masak ,soda,tepung kek sikit demi sedikit..Buat sehingga tepung habis dan  serata semua bahan...Ops tambah air kalau perlu k..n adunan akn jd mcm pic bawah ni k..



Sambil wat adunan ni kena la didihkan air dlm kukus tu..Erm..sebelum tuang adunan dlm bekas pilihan tu (acuan)..Acuan kena la dsapu planta taw...supaya senang proses keluarkan apam ni nanti...dan sapu plnta masukkan adunan n boleh la mulakn proses m'gukus...dlm 45 minit gitu..api sedang2 je ok...








Taaaaaaaraaaaaaaaa...siap sudah apam mama...gebu gitu...hikhik..SELAMAT MENCUBA..

Selasa, 20 Disember 2011

Tom Yam sempoi..

hehhehe..sory yep u all..tom yam ini kali agak simple sebab ni je de bahan2 kt kedai so yang ni jak la mama masak..hehhe..


Resepi: Tom yam sempoi..
Sumber:Mama




Bahan-bahan




Beberapa ketul ayam
2 Batang serai-dititik
1 biji bawang besar*
2biji bawang putih *
1/2 bawang besar-hiris tebal
10 biji lada kecil*
1 biji tomato*
1 Biji tomato-d'belah 4
1 biji limau nipis-ambil jus
1 pek serbuk tom yam putih (Adabi)
Garam,perasa,gula
1.5 jag air


Cara-cara


Bahan yang btanda * diblender sehingga hancur...kemudian masukkan dlm periuk kosong dan ditambah air.Setelah mendidih masukkan serai,ketulan ayam dan juga serbuk tomyam.


Masukkan pula sedikit gula,garam dan perasa jika perlu,jus limau nipis masukkan juga taw..Sebelum tutup api masukkan dahulu tomato yang dibelah 4..Dan siap..


*kalau de daun limau purut ag best..wangi gitu..hakhak..





sayur kacang+lobak+hati ayam

wahhh..menarik gitu sayur mama kali ni..hikhik...anak bujang mama suka sgt la bila mama masak yg colour2 ni..tgk tu carrot mama buat bunga gitu...hikhik..da lama mama xmsk sayur kacang ni..ye la suami mama de pykit drh,xle makn syur kcg t pykit dia semakin aktif..hukhuk...


Resepi : Sayur kacang + lobak+hati ayam
Sumber : Mama




Bahan-bahan
kacang buncis-potong serong
1 biji lobak merah-dipotong bunga
2 biji bawang merah kecil-hiris
2 biji bawang putih-hiris
3 ketul hati ayam-hiris
2 sudu kecil sos tiram
garam dan perasa




Cara-cara


Panaskan sedikit minyak,masukkan 2 jenis bawang yang telah dihiris.. tumis sehingga naik bau..kemudian masukkan hati ayam dan sedikit air..Mendidih masukkan pula sayur lobak,sos tiram,garam dan perasa jika perlu..Akhir sekali masukkan kacang panjang dan tutup api..





Ahad, 18 Disember 2011

pulut kuning + rendang ayam



Alhamdulillah dpt jak mama wat pulut kuning n rendang ni...hajat da lama nk buat tp de je pyebab xdpt buah..hikhik..(bukan alasan taw)...Semua ni tanda ksyukuran n terima kasih pd Sorang p.cik ni...dia tlg sihatkn aidil..pe2pun sememangnye dgn izin NYA juga kan...alhamdulillah...




Resepi : Pulut Kuning
Sumber : Mama


Bahan-bahan


1kg Beras pulut
0.5 pek santan pekat
sedikit garam


Cara-cara


Rendamkan beras pulut bersama serbuk kunyit selama 5-6 jam..Basuh dan toskan...Kemudian didihkan air dlam periuk kukus.dan kukuskan beras pulut setengah masak...


kemudian keluarkan pulut itu dan gaulkan bersama santan yang telah d'isi sedikit garam,,sebatikan dan kukus sehingga masak...






Resepi : rendang ayam
Sumber : Mama




Bahan-bahan


1/2 ayam-ketulan kecil
1.5cm Lengkuas *
2 cawan Santan pekat
1 Biji Bawang kecil merah-dihiris
1 biji bawang putih-dihiris
1 biji bawang besar *
1cm halia *
3 batang serai *
1/2 senduk pes cili kering
5-6 lada kecil *-optional
1 sudu kecil kerisik
2 helai duan kunyit -dihiris nipis
gulu,garam,perasa






Cara-cara


blender kan semua bahan yang b'tnda *..Panaskan minyak dan masukkan bahan yg d'hiris,masukkan pes cili kering...tumis sehinnga pecah minyak,kemudian masukkan pula ayam dan bahan2 yang telah d'blender bersama santan...Seratakan dan biarkan seketika supaya bahan2 tadi masuk kedalm ayam..


Isikan pula gula,garam dan perasa jika perlu,dan akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dihiris nipis tadi..Tutup api dan hidangkan..


*sory taw...waktu snap gambar ni tinggal yang tu je pulut n rendang..lupa nak snap awal2..hihi..kena balon gan org2 umh mak abah dulu..hikhik..sib baik de jak sikit...

bubur pulut hitam



urm..sedap...menu sampingan tuk dbawa balik umah mak abah semalam...


Resepi: bubur pulut hitam
Sumber: Mama






Bahan-bahan


0.5 kg Pulut Hitam
2 Biji Kelapa-santan
Gula pasir-anggaran sendiri 
2 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan-di'ikat




Cara-Cara


Pulut hitam direndam 4-5 jam,dicuci dan direbus sehinnga separauh masak..Masukkan kan santan,daun pandan,gula,garam kedalam pulut hitam tadi..Masak sehingga pulut hitam betul2 masak@ nampak pecah2...




Letakkan dalam pingan dan isikan pati santan yg telah d'isi garam halus...


*pulut hitam akn kembang,jd kuah bubur akn mjdi sikit,so kena stanby pati santan tuk d'isi waktu nak makan..SELAMAT MENCUBA..

Ayam Bakar

Antara menu request dari mr.papa..hikhik..berasap 1 rumah bakar ayam ni..hikhik...best taw...jgn dsbbkan luar nmpk hitam dlm xsedap plak..sedap..mmg bbaloi mama pedih mata dek asap..hikhik


Resepi: Ayam Bakar 
Sumber: Mama






Bahan-bahan


1/2 Ayam-garam,kunyit -optional
3 Sudu kicap pekat
1/2 sos tiram
4-5 sudu gula
5 batang serai *
3cm Halia *
1 Paket jintan manis * 
1 Paket jintan putih  *
1/2 Sudu garam halus
1 Batang serai-dititik ujung
5 sudu minyak masak


Cara-cara


Bahan * di tumbuk @ dblender..Ayam dbersihkan dan diletakkan garam kunyit,kemudian tuangkan bahan yang telah d'blender,kicap pekat,gula,sedikit garam jika perlu...dan diperap ( 4-5 jam)..


Hidupkan api ,dan sudah menjadi bara,letakkan ayam di atas pemangang,sambil sapukan minyak menggunakan serai yang telah dititik..Jangan lupa lebihan bahan perap tadi boleh juga disapu atas aym waktu proses mbakar..


*anggaran gula boleh dikurangkan dan dgantikan dgn madu,anggran sudu kicap pekat juga boleh dikurangkan juga...ikut kesesuaian taw....kalau nak tambah pedas,isi kan serbuk cili...*   SELAMAT MENCUBA...

Khamis, 15 Disember 2011

pekasam goreng

Gluup,,glupp....telan air liur tgk pic ni..pekasam ni mama masak kt rumah n tapau bawak ofis...tiba2 angin t'ingin makan pekasam la plak..urm..sedap2x...


Resepi: pekasam goreng
Sumber:Mama


Bahan-bahan


1 ekor Ikan pekasam beras @ ikan pekasam garam
5 biji bawang merah kecil -dihiris
10 batang lada kering-dihiris
10 lada kampung-diganti dgn lada kering -dihiris


Cara-cara


Panaskan minyak,Gorengkan ikan pekasam,ketepikan dlm kuali.Masukkan bawang dan lada.Goreng sehingga kekuningan bersama ikan pekasam yang diketepikan tadi..


Angkat dan toskan minyak..Makan bersama nasi panas...urm..sedapp.....

kuih Goyang..@ kuih Ros

Ai..u all..Mama nak share wat kuih Goyang plak ni..Actly kuih ni da lama buat,tp nk share resepinye xde masa..hihik...

Resepi: Kuih Goyang,Kuih Ros
Sumber:Mama


Bahan-bahan




2 Cawan tepung beras
0.5 Cawan tepung gandum
2 Cawan santan
4-5 gula pasir
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil air kapur makan




Cara-cara




Masukkan tepung beras dan tepung gandum ke dalam besen,masukkan juga air kapur,garam halus,gula dan santan....kacaukan sehingga tiada yang b'biji d'dalam adunan..



Sementara adunan itu tak berbiji, Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak..Setelah minyak mula panas,ambil acuan kuih dan rendam ke dalam minyak tadi....Pabila minyak dan adunan kuih sudah sedia...angkat acuan yg d'rendam dlm kuali tadi dan rendamkan kedlm besen berisi adunan tadi,,(jgn sampai tgelam plak acuan tu,nanti melekat plak bila m'goreng)..Sudah rendam acuan dgn adunan boleh mulakan proses m'goreng pula...


Letakkan acuan tadi sebentar (dlm 2minit)..lepas tu,angkat dan goyangkan sehingga adunan tadi jatuh..Nampak bertukar warna kekuningan angkat dan toskan ..Ulangi cara yang sama sehingga adunan tadi habis..

*petua dari mama sendiri xtaw la jd ke x tuk korang,rendamkan acuan kuih ni dalm minyak masak..(rendam sebelum pegi kerja,..sampai la time nak guna)..tuk mengelakkan melekat adunan pd acuan nanti..

*maaf,mama gunakan tepung gandum walaupun de pihak yg mmg xguna dlam adunan utk kuih loyang..so kalu kalian xnak letak tepung gandum pun xpe..dan mama juga xgunakan telur...sebab mama xsuka bila de b'bau hanyir.....pe pun SELAMAT MENCUBA ye..




Khamis, 8 Disember 2011

Ayam Masak Merah..

Ai...ayam masak merah..u all taw x??..de s'setengah org panggil masak sambal...hehhe..sama je pun..cuma yang lain nama jek...hikhik...jom tgk mcm ne nak masak menu ni...






Resepi : Ayam masak merah
Sumber : Mama










Bahan-bahan


2 Biji bawang merah kecil *d'tumbuk
2 biji bawang putih *d'tumbuk
1 cm halia *d'tumbuk
1.5 keping asam keping/air asam jawa (asam)
6-7 ketul ayam yang telah digoreng separuh masak
1.5 senduk pes cili kering
Sos cili
Garam,gula bahan perasa




Cara-cara


Panaskan minyak,tumiskan bahan yang d'tanda *, tumis sehingga naik bau..Kemudian masukkan pula pes cili kering..masak sehingga nampk masak,isikan air jika perlu..Masukkan pula asam dan sos cili,gaul dan masukkan gula,garam dan perasa jika perlu..Jatuhkan ayam yang d'goreng separuh masak tadi..Kacau dan d'tutup api...


*boleh letakkan serai utk menambah wangi masakan,+ tomato pun boleh..ikut kreativti k...Mama guna yg de dlm peti je time ni....SELAMAT MENCUBA..

Nasi ayam Kukus..

Salam jumaat semua..Hari ni mama nak share resepi wat nasi ayam versi mama,...hikhik..ehh kelakar la plak nama tuh...xpe2..janji sgt sedap..




Resepi: Nasi ayam Kukus
Sumber: Mama



Bahan-bahan Untuk Sup




2 Biji Bawang merah kecil *
2 biji bawang putih *
1cm halia *
1 sup bunjut
Beberapa ketulan ayam bersaiz kecil
Daun sup / Btg saderi
1 Jag air
garam,perasa


Cara-cara


Panaskan minyak, jatuhkan bahan yang d'tanda * bersama sup bunjut sehingga naik Bau.Masukkan air (kena banyak sebab akn d'ambil juga sup untuk dcampur kedlm beras tanak)..Masukkan ketulan aym pula..Rasakan dgn garam dan perasa jika perlu,Masak sehingga ayam tadi masak,dan boleh dtutup api..(sambil masukkan daun sup/ btg saderi..





*mcm mak mama dia masukkan ketulan ayam yg besar dlm sup,tp sekejap jek..(kdg2 mama buat jak mcm tu..pe2pun ikut masaing2 pyer style la eekk)




Bahan-Bahan untuk Nasi


2 Cawan Beras 
1 sudu kecil garam halus
1cm Halia -(d'hiris)
5 helai daun pandan
" Stok ayam-(d'ambil dari sup ayam)
Periuk kukus-d'atur daun pandan


Cara-cara


Langkah 1
Beras dibersihkan dan diambil stok ayam mengikut keperluan beras.Masukkan juga garam,hirisan halia,dan serbuk kunyit..Seratakn semua bahan2..dan boleh mulakan proses menanak Nasi...


Sementara menunggu air dalam nasi tadi kering,bolehla panaskan periuk kukus supaya bila nasi da d'tuang kedlm periuk kukusan nanti, air d'dlm periuk kukusan sudah mengelegak..


Langkah 2


Air Nasi da kering angkat dan nasi d'tuang ke dalam periuk kukusan pula..dan tunggu sehingga nasi masak..




Bahan-bahan untuk Ayam goreng


6-7 ketul ayam
2-3cm Halia *ditumbuk halus
3 Bji bawang putih * ditumbuk halus 
2 sudu sos tiram / kicap pekat
3sudu kicap manis
2-3 sudu madu-optional
Garam




Cara-cara


Tuangkan semua bahan diatas ayam,gaul dan perapkan...( 2-3 jam oke da)..Kemudian,panaskan minyak masak dan goreng..


*Minyak untuk d'goreng kena pastikan betul2 panas,kalau x aym akn melekat..tetapi waktu prses memasak api jan tllu kuat d'buka..t ayam cepat hangit..hehhe..


Bahan-bahan untuk sambal


4-5 biji lada besar
10 biji lada kecil
1 Biji tomato-dihiris
Garam,Gula ,perasa


Cara-cara


Tumbuk lada besar,lada kecil sehingga lumat,masukkan pula tomato yang telah dihiris dan tumbuk lagi..Akhir sekali masukkan garam,gula dan perasa jika perlu...




Bahan-bahan untuk sos kicap


Stok kicap lebihan perap ayam goreng
5-6 biji lada kecil (optional) *d'tumbuk
2 biji bawang putih *d'tumbuk
Kicap Manis
garam,gula perasa


Cara-cara


Tuangkan kicap manis,masukkan bahan yang d'tanda * bersama garam,gula dan perasa jika perlu..Panaskan periuk dan didihkan semua tadi seketika..


*ada yg xdidihkan,tp mama takut t sakit perut plak..hehe..xisi lada pun xpe..sbb sambal da pedas..




Bahan sampingan


Daun salad,Timun,Tomato (d'hiris)




SORRY LA KALAU P'BACA KURANG FAHAM STEP MAMA NI..PE2 PUN TYE TERUS KT MAMA K..SELAMAT MENCUBA..

Rabu, 7 Disember 2011

Mie goreng basah....

Salam All..hope sihat2..n ceria selalu mcm mama oke..stress ke pe ke..kita tolak tepi dulu oke..hikhik...
kali ni nak share resepi wat mie goreng plak..but sory this my style ok..Mie goreng ni mama masak hari sambut besday ank teruna mama...( 6.12 -selasa)..buat sebesen jew..tp alhamdulillah bole bg jiran kiri kanan..hehhe..

Resepi : Mie Goreng basah
Sumber : Mama


Bahan-bahan

1 Paket Mie Kuning
1Cm Halia-ditumbuk
2 Biji Bawang merah kecil-ditumbuk
2 Biji bawang putih-ditumbuk
3 serangkai
2 biji telur
2 senduk besar pes cili kering
5 sudu makan kicap pekat
3 susu kicap manis
2 sudu sos tiram
3sudu sos cili 
1 Biji tomato
1/2 Biji Kobis
sawi-agak la yep..
1paket bebola ikan
1paket fishket 
Beberapa ketulan kecil ayam-mgikut anggaran


Cara-Cara

Panaskan minyak,tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk bersama 3 serangkai sehingga naik bau..kemudian masukkan pes cili kering,masak sehingga naik minyak..Masukkan ketulan ayam dan masukkan kicap pekat.jgn lupa masukkan juga garam,gula dan perasa jika perlu...Gaul sebati dan masukkan air tuk bagi semua bagi ayam lembut

Setelah nampak air mula kering sedikit dan ayam  sudah masak,..masukkan sos cili,kicap manis,sos tiram..boleh la masukkan batang sawi dahulu,kemudian kobis pula..masukkan juga bebola ikan dan fishket...biarkan seketika ,dan jatuhkan daun sawi dan tomato...Masukkan mie kuning.gaul sekata dan buatkan lubang ditengah2 dan masukkan telur..Tutup api..dan boleh dihidang..

*xguna fishboll n fisket pun xpe..kalau xada sos tiram n kicap manis pun xpe..ikut kesesuaian oke..Selamat mencuba...*

Ahad, 4 Disember 2011

karipap

mood tiba2 tlajak rajin la plak..bosan pyer pasl la ni..hehehhe...papa xde g wat keje luar..anak bujang lak tido..urm... :(


Resepi : karipap kentang
Sumber : Mama


Bahan-bahan


2.5 Biji kentang -dipotong kecil dadu
2-3 ketul isi ayam -dihiris kecil
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih -dihiris
1 pek serbuk kari ayam-dibuat pes
1 Tangkai daun kari
1 cawan besar air
Minyak untuk menumis
Garam,perasa
2-3 sudu besar planta
Tepung gandum




Inti   


Panaskan minyak,tumiskan bawang merah,bawang putih,daun kari dan masukkan pes kari..Tumis sehingga naik minyak..Masukkan kentang yang didadu kecil bersama isi ayam..
Masukkan air,garam dan perasa jika perlu...dan biarkan sehingga masak..(lembut)..Tutup api dan letak dalam pingan supaya  sejuk.


Kulit karipap


Masukkan tepung gandum (agak2 sendiri k)...masukkan juga garam halus (sikit je), kemudian masukkan planta dan pastikan planta dan tepung sebati bersama..Tuangkan air sikit demi sedikit..Uli daoh sehingga tiada tepung yang melekat di jari dan dia dalam besen seperti ni...


Cara-cara


Ambil doh tepung tadi..bulat2kan dan canaikan..ambil acuan karipap dan letakkan doh yang telah dicanai dan isi kan inti...Ulangi cara yang sama sehingga doh dan inti habis.




..kemudian boleh mula proses mengoreng..oke..selamat mencuba...<3

*kalau nak wangi bole tambah daun sup,bubuh waktu nak tutup api..sewaktu masak inti k.. :)

tumis kobis..

disebabkan di kedai xde sayur lain,nak xnak mama mik je la kobis..so bila de kobis ni mmg xle wat menu lain da...kena tumis je la..mula2 gat nk wat masak lemak ke...tp da fikir lauk mula2 xd da bkuah..huhu...jadi layan je laaa erkkk..

Resepi : Tumis kobis

Sumber : Mama


Bahan-bahan
1.5 biji kobis
1 biji bawang kecil merah -dihiris
1 biji bawang putih -dihiris
1 biji lada besar -optional -dihiris
Garam dan perasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

.Panaskan minyak untuk menumis,masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.kemudian masukkan kobis,dan sedikit air..Kacau,dan masukkan sedikit garam dan perasa jika perlu...akhir sekali masukkan lada besar yang dihiris tadi dan boleh ditutup api....Selamat mencuba..

Sotong Kering Goreng Kunyit,..

Da agak berapa lama beli sotong ni..konon nye nk post to sis..tp xde masa..huhu..so dari biarkan dia duk dlm plastik tu je..baik mama guna..tuk sis..t mama beli yang lain lee...~jgn marah~~hihi...


Resepi :sotong kering goreng kunyit
Sumber : Mama


Bahan-bahan


20 ekor sotong kering -direndam & digoreng
1 Biji bawang kecil merah *
2 biji bawang putih *
1 biji bawang besar *
3 biji lada kecil *
1 biji lada besar *
Garam,perasa




Bahan yang bertanda * perlu dihiris nipis2...




Cara-cara


Panaskan Minyak untuk menumis..kemudian masukkan bahan *..goreng sehingga wangi..masukkan sotong yang telah digoreng tadi..


Masukkan sedikit garam dan perasa jika perlu..Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi putih panas ..

Ayam MasaK kicaP...

Antara request papa...hehehe..


Resepi : Ayam masaK kiCap
Sumber : Mama

Bahan-bahan

10 ketul Ayam *
10 Biji Lada kecil #
2 Biji bawang merah kecil #
2 Biji bawang putih #
1.2 Batang kayu Manis -
2 Biji buah pelaga -        3 serangkai
2 biji bunga lawang -
1 inci halia #
1 Biji Bawang besar *
2-3 kicap pekat
2-3 kicap manis
1 sudu sos tiram
Gula,garam n perasa
Lada besar-optional

Bahan yang digoreng dahulu adalah yang ditanda * ..ayam goreng separuh masak,Bawang besar dipotong bulat dulu dan digoreng separuh masak juga..manakala yang ditanda # adalah bahan yang perlu ditumbuk..


Cara-cara

Panaskan minyak,masukkan Bahan # bersama 3 serangkai..masak sehingga naik bau..kemudian masukkan kicap manis,kicap pekat dan sos tiram.Masukkan air sedikit,biarkan sehingga mendidih.

Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi,masukkan garam,gula dan bahan perasa jika perlu.Tutup api dan masukkan bawang besar yang digoreng separuh masak terlebih dahulu tadi..dan hiaskan bersama lada merah..
  

Jumaat, 2 Disember 2011

Terung goreng bercili

uuu..yum..yum..ni febret papa n mama ni..hehhehe...







Resepi :Terung goreng bercili
Sumber :Mama sendiri


Bahan-bahan


1 Biji Terung Panjang
15 Biji lada kecil Kampung (mengikut cita rasa)
7-8 Biji bawang merah kecil
1 Sudu kecil Garam
1 Sudu besar Gula
1Sudu kecil serbuk kunyit
Bahan perasa
Minyak untuk mengoreng dan untuk menumis


Bahan-bahan yang ditumbuk


7-8 bawang merah kecil
15 Biji lada kecil kampung


Bahan yng perlu digoreng dahulu


1 Biji terung dipotong,di isi kunyit garam, dan goreng seperti biasa...


Cara-Cara


Panaskan minyak untuk menumis,kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk.tumis sehingga nampak masak.letakakan sedikit serbuk kunyit,garam,gula dan bahan perasa..Goreng sehingga sebati dan jatuhkan Terung panjang yang telah digoreng awl terlebih dahulu..Balik-balikkan dan angkat ke dalam pinggan..


*masakan ni sesuai bg yg sukakan pedas..(kalau xtahan pedas,memang sakit perut la nanti..)..garam da gula memainkan peranan penting dlm menu ni,supaya dpt rasa yang seimbang....

Sup ayam.. (*_*)

urm..sedap...sedap...ni antara menu kesukaan anak bujang mama...SUP AYAM...


Resepi: Sup Ayam
Sumber : Mama sendiri


Bahan-Bahan


6-7 ketul Ayam
2 Biji Bawang merah (dihiris)
2 Biji Bawang Putih (dihiris)
1 Inci Halia (dihiris)
 2 Biji Ubi kentang (dipotong wedges)
Sup Bunjut
2 Mangkuk Air
Minyak Untuk Menumis
Daun Sup
Garam,Perasa


Cara-cara


Panaskan minyak untuk menumis..masukkan bahan2 yang telah dihiris bersama sup bunjut..goreng sehingga kekuningan atau sehingga naik bau...Jatuhkan ayam ,ubi kentang dan Masukkan air.


Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam dan perasa...Sehingga ayam dan ubi kentang sudah lembut..masukkan pula Daun sup yang telah dihiris halus2..dan tutup api..


*Sup ayam kali ni xde tomato dan lobak merah..sebab ni je yang ade dlm peti..hehehe...selamat mencuba ye..