Salam jumaat semua..Hari ni mama nak share resepi wat nasi ayam versi mama,...hikhik..ehh kelakar la plak nama tuh...xpe2..janji sgt sedap..
Resepi: Nasi ayam Kukus
Sumber: Mama
Bahan-bahan Untuk Sup
2 Biji Bawang merah kecil *
2 biji bawang putih *
1cm halia *
1 sup bunjut
Beberapa ketulan ayam bersaiz kecil
Daun sup / Btg saderi
1 Jag air
garam,perasa
Cara-cara
Panaskan minyak, jatuhkan bahan yang d'tanda * bersama sup bunjut sehingga naik Bau.Masukkan air (kena banyak sebab akn d'ambil juga sup untuk dcampur kedlm beras tanak)..Masukkan ketulan aym pula..Rasakan dgn garam dan perasa jika perlu,Masak sehingga ayam tadi masak,dan boleh dtutup api..(sambil masukkan daun sup/ btg saderi..
*mcm mak mama dia masukkan ketulan ayam yg besar dlm sup,tp sekejap jek..(kdg2 mama buat jak mcm tu..pe2pun ikut masaing2 pyer style la eekk)
Bahan-Bahan untuk Nasi
2 Cawan Beras
1 sudu kecil garam halus
1cm Halia -(d'hiris)
5 helai daun pandan
" Stok ayam-(d'ambil dari sup ayam)
Periuk kukus-d'atur daun pandan
Cara-cara
Langkah 1
Beras dibersihkan dan diambil stok ayam mengikut keperluan beras.Masukkan juga garam,hirisan halia,dan serbuk kunyit..Seratakn semua bahan2..dan boleh mulakan proses menanak Nasi...
Sementara menunggu air dalam nasi tadi kering,bolehla panaskan periuk kukus supaya bila nasi da d'tuang kedlm periuk kukusan nanti, air d'dlm periuk kukusan sudah mengelegak..
Langkah 2
Air Nasi da kering angkat dan nasi d'tuang ke dalam periuk kukusan pula..dan tunggu sehingga nasi masak..
Bahan-bahan untuk Ayam goreng
6-7 ketul ayam
2-3cm Halia *ditumbuk halus
3 Bji bawang putih * ditumbuk halus
2 sudu sos tiram / kicap pekat
3sudu kicap manis
2-3 sudu madu-optional
Garam
Cara-cara
Tuangkan semua bahan diatas ayam,gaul dan perapkan...( 2-3 jam oke da)..Kemudian,panaskan minyak masak dan goreng..
*Minyak untuk d'goreng kena pastikan betul2 panas,kalau x aym akn melekat..tetapi waktu prses memasak api jan tllu kuat d'buka..t ayam cepat hangit..hehhe..
Bahan-bahan untuk sambal
4-5 biji lada besar
10 biji lada kecil
1 Biji tomato-dihiris
Garam,Gula ,perasa
Cara-cara
Tumbuk lada besar,lada kecil sehingga lumat,masukkan pula tomato yang telah dihiris dan tumbuk lagi..Akhir sekali masukkan garam,gula dan perasa jika perlu...
Bahan-bahan untuk sos kicap
Stok kicap lebihan perap ayam goreng
5-6 biji lada kecil (optional) *d'tumbuk
2 biji bawang putih *d'tumbuk
Kicap Manis
garam,gula perasa
Cara-cara
Tuangkan kicap manis,masukkan bahan yang d'tanda * bersama garam,gula dan perasa jika perlu..Panaskan periuk dan didihkan semua tadi seketika..
*ada yg xdidihkan,tp mama takut t sakit perut plak..hehe..xisi lada pun xpe..sbb sambal da pedas..
Bahan sampingan
Daun salad,Timun,Tomato (d'hiris)
SORRY LA KALAU P'BACA KURANG FAHAM STEP MAMA NI..PE2 PUN TYE TERUS KT MAMA K..SELAMAT MENCUBA..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan