Khamis, 15 Disember 2011

kuih Goyang..@ kuih Ros

Ai..u all..Mama nak share wat kuih Goyang plak ni..Actly kuih ni da lama buat,tp nk share resepinye xde masa..hihik...

Resepi: Kuih Goyang,Kuih Ros
Sumber:Mama


Bahan-bahan




2 Cawan tepung beras
0.5 Cawan tepung gandum
2 Cawan santan
4-5 gula pasir
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil air kapur makan




Cara-cara




Masukkan tepung beras dan tepung gandum ke dalam besen,masukkan juga air kapur,garam halus,gula dan santan....kacaukan sehingga tiada yang b'biji d'dalam adunan..



Sementara adunan itu tak berbiji, Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak..Setelah minyak mula panas,ambil acuan kuih dan rendam ke dalam minyak tadi....Pabila minyak dan adunan kuih sudah sedia...angkat acuan yg d'rendam dlm kuali tadi dan rendamkan kedlm besen berisi adunan tadi,,(jgn sampai tgelam plak acuan tu,nanti melekat plak bila m'goreng)..Sudah rendam acuan dgn adunan boleh mulakan proses m'goreng pula...


Letakkan acuan tadi sebentar (dlm 2minit)..lepas tu,angkat dan goyangkan sehingga adunan tadi jatuh..Nampak bertukar warna kekuningan angkat dan toskan ..Ulangi cara yang sama sehingga adunan tadi habis..

*petua dari mama sendiri xtaw la jd ke x tuk korang,rendamkan acuan kuih ni dalm minyak masak..(rendam sebelum pegi kerja,..sampai la time nak guna)..tuk mengelakkan melekat adunan pd acuan nanti..

*maaf,mama gunakan tepung gandum walaupun de pihak yg mmg xguna dlam adunan utk kuih loyang..so kalu kalian xnak letak tepung gandum pun xpe..dan mama juga xgunakan telur...sebab mama xsuka bila de b'bau hanyir.....pe pun SELAMAT MENCUBA ye..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan